Thursday, 25 July 2013

Kesalahan.

Adalah menjadi kesalahan tu bang kalau salah paham.

Ramai orang salah paham pasal jogging. Tak semestinya orang yang berjogging tu nak kurus.
Kalau nampak orang jogging ja mesti.. 'nak kurus letew'. Haaaa.. bukanlah! 
Jogging tu sebab nak bagi diri tak terkejut kalau kena berjalan jarak jauh, merentas desa and so on. Ni kalau aktiviti kat maktab la.

Bukan menjadi bahan kejaran sekiranya anda kurus tapi tak fit. Baru suruh lari 1km dah semput. Sebab tu la orang mula buat aktiviti yang tak rumit lagi senang yaktu jogging. 
Tak kurus pun takpa asalkan badan fit. Fit tu tak semestinya kurus yer. 
Jangan salah paham.

 ..ni la aim aku orang kampung oiiii..




Monday, 22 July 2013

Imaginasi.

Hampa pernah dak ada something selalu berlegarlegar dalam otak tapi tak boleh dirungkai? 

Hampa pernah dak pikir out of the box?

Hampa pernah dak membayangkan sesuatu yang tak pernah dibayangi?

Semua persoalan ni timbul bila dok buat sesi sembangsembang dengan rakanrakan seperjuangan. Mesti pernah ja kan nak berImaginasi semua tu kan? Macam spongebob selalu buat tu. Imaginasi kat sini, imaginasi kat sana, imaginasi kat sinun everywhere imagination.

...lebih kurang macam ni la gaya dia 'IMAGINASI'...

Dulu masa kecikkecik selalu la dok buat terok pikir macam mana semua benda berfungsi. Contohnya kalau kita hantar mesej dekat seseorang, adakah ada pusat di mana mesej kita akan dibaca dan ada sorang dan dialah yang akan tolong kita hantar kesemua mesej kita yang beriburibu puluh ratus tu dekat orang yang kita nak hantar. Teruk kan pemikiran aku. Sampai dulu jadi malu bila nak hantar mesej kat seseorang sebab takot ada orang baca. 

Pastu pernah jugak terpikir kenapa manusia di muka bumi yang serba padat ni panggil kerusi tu kerusi. Kenapa tak panggil meja? dan kenapa juga bukan lampu? Paham dak persoalan yang selalu timbul ni. Lagi satu, bila orang atasan yang serba pandai lagi intelligent keluarkan satu fakta, kenapa kita ikut ja? Kenapa kita tak berani nak gunakan kita punya kefahaman sendiri? Haish.. bole jadi gila tahap ke sepuluhlapanribu apa kalau asyik pikir ja macam ni. 

Banyak lagi sebenarnya siri kefahaman yang pelikpelik ni. Tapi takpalah, terlebih pikir boleh menyebabkan cenderung ke arah lain pula. Sebab tu tiaptiap malam aku akan ambil masa yang lama nak tidor. Sebab secara tetiba ja semua persoalanpersolan ni akan menghentak menikam memasuki ruang legar dalam fikiran aku ni. Dan sebab tu lah hidup aku ni banyak imaginasi. Semua benda is possible to happen. So jom berimaginasi!

Imagination is more important than knowledge-Albert Einsten. 
(Tengok apa orang cerdikpintarpandai kata)

Sunday, 21 July 2013

Note.

Masih terasa kehilangan incik beliau. 

Baru dua bulan gamaknya membina hubungan ukhwah yang utuh lagi padu dengan beliau. Namun panas tidak sampai ke petang, ada yang lebih menyayangi beliau lantas menceroboh lalu mengambil incik beliau tanpa belas kasihan. Mungkin salah sendiri jugak sebab tak membelai dengan penuh kasing sayang.Ni la incik beliau yang dikasihi. Jodoh kita tak lama.


..lebih kurang macam ni cuma lagi lawo sebab dah modified luar dalam..

Masa incik beliau hilang tu, ada dekat johor sebab kenduri sedara. Salah sendiri jugak sebab lalai sangat. Charge meratarata. Buat takkisah ja dekat incik beliau n sorangsorang kesepian. Mungkin ada mata yang memandangkan. Mana kita taw. Kita mana bole nak usha tiaptiap orang. Tak expect pon incik beliau akhirnya hilang masa kita tidor berdengkur. Bangun pagi nak menyapa salam, beliau sudah tidak dapat dikesan. Husnuzon. Engat adik yang ambil sebab dah dua hari dia mintak takdapat lagi nak main games dalam tu.

Tapi... my incik beliau ada bodyguard dia sendiri. 

Dah letak password dah bergandaganda. Kiranya kalau hilang pon, probalility untuk nak bukak pon ada masalah. Sebab kita dah specialkan dah incik beliau tu. Bukan calang-calang orang bole bukak. Haish. Bagai nak gila kita cari incik beliau. Tanya merata taman, takda jugak yang nampak. Sedih taw dak! Tapi tak bole nak nangih. Masih lagi ego sebab bersangka baik. 

Hari berganjak malam. Tak kunjung tiba juga incik beliau. So diputuskan kita dan incik beliau putus. Breakup! Cuba Try Test call. Masih dapat. Haaaaa. Kan dah cakap incik beliau ni special. Nak shutdown pon kena ada password jugak. Dah la macammacam bagaibagai jenis maklumat ada dalam incik beliau. Dah nama pon note kan. Mestila berNotenote ada dalam tu. Untuk tidak mengecewakan hati, kita berserah dengan pemergian beliau. 

Semoga incik beliau tenang saja dimanamana beliau berada.

 Kita pon dah cari incik beliau yang baru. Dah patah hati nak bergantung harapan pada yang lama. Hidup mesti diteruskan kan? 
Kalau incik beliau nak pergi sangat, pergilah. Kita dah redha dan sanggup melepaskan incik sekarang ni. Nak beli incik baru tak boleh. Kena blacklist dengan mak. Katanya cuai. 'Tak reti simpan barang tak bertanggungjawab'. Memang bole tau pon incik nak hilang. Takpalah. Kita pon dah macam insap dah nak beli genggeng incik beliau. Tawakkal ja la. 

Goodbye incik beliau!

Saturday, 20 July 2013

Hampa.

Alkisah ada la seorang perempuan ni, kerja dia suka cari pasal. Nama dia Milah. 

Memang dia suka cari pasal. Even dengan orang yang dekatdekat dengan dia pun dia akan cari pasal. Satu hari ni dia ada la terbukak pesbuk kawan lelaki dia. Ternampak la satu mesej ni. Dia bukan sengaja nak tengok, tapi sebab perasaan ingin tahu dia membuakbuak dia buka juga mecej tu. Kalau tak buka, lagi tu la dia taktau. Dia kan memang suka cari pasal, so dia pon bertanyakan hal tersebut kepada kawan lelaki dia tu. Salahka dia tanya?

Sebab dulu dia pernah dah baca mecej kawan lelaki tu dengan budak tu. Tapi dia diam ja sebab dia engat budak lelaki tu dah berubah. Takpa la. Terkejut kot Milah bila tengok mecej tu. Tersentap hatinya. Retak seribu. Tapi dia tak kisah sebab kawan lelaki dia kata 'adik angkat' jer. Ha.... memangla... Dulu Milah tu pun adik angkat dia juga. Nampak tak permainan dia kat sini?

Tapi Milah redha. Dia yakin. Cuma dia rasa hampa ja lah. Mesejmesej terdahulu bagi impak yang sangat mendalam untuk dia tafsir semua benda ni. Dia buntu nak pikir masa depan dia ngan kawan lelaki dia tu. Bukan sekali, bukan dengan 'adik angkat' ni ja. Banyak lagi yang Milah taw, tapi dia nak diam ja. Dia masih bole senyum kalau keluar ngan kawan lelaki dia tu walau macammacam dia nak tanya dekat kawan lelaki dia tu.


...upacara tenangkan diri. Jangan kacau!...


Milah taw dia pon takda la baguih sangat. Takda la segak sangat. Takda la alim sangat buat lelaki tu. Tapi atleast dia taw apa yang dia kena buat. Tapi takpalah, Allah tu maha adil. Milah taw semua ni. Sampai satu tahap tu Milah macam nak hantar mecej kat Family dia suruh carikan calon. Tapi.... hmmmm. Milah nak tunggu tengok katanya. Mana taw Allah bagi hidayah kat dia. Harapan dia la. Think positive Milah!!


..cerita yang tiada kaitan dengan hidup dan mati..

Kenyang.

Makan makan makan makan makan makan makan makan makan makan makan.

 Cakap pasal makan sapa bole tolak? Kalau bole tolak pon bila ayam golek lalu depan mata takkan la tak tangkap. Ni la kelemahan aku. Tak bole nak menolak sekalipun dah berjanji setia nak kurangkan makan bulan posa macam ni. Namun apakan daya, hidangan yang terhidang bisa buat aku gila. Satu lagi kalau pi bazar, benda yang menarik perhatian mesti ayaqayaq hat kaler warna warni tu. Yang paling famous aku dok beli Air Naga, Bandung Cincau dan Chrysantenum. Ni memang favourite lah.

 
...macam ni la perot aku semalam,penuh gila...
Sebab seronok sangat makan semalam adalah berat dah turun. Unexpectedly. Tak sangka cepat la pulak dia nak turun bulanbulan posa laguni. Bahagia tak terkira bila timbang. So, kita kena makan balik. 
Jangan fikir banyak, makan ja!



Friday, 19 July 2013

Sebak.


Sudah sekian lama tidak mengunjung khabar ke arah menaip menaip mempublish publish, akhirnya terdetik terketuk jua hati ni nak hupdate jugak. 

Terbaca satu entri dari classmate pasal kehilangan ayahanda beliau beberapa hari yang lepas. Entah kenapa laju ja air mata ni nak mengalir. Maybe typical Nani la kot kalau hal berkait rapat dengan family o kawan mesti sebak ja rasa. Arghhhh!! I tried to put myself on her shoes but... paham paham je lah kan. Mana nak sama. Masing-masing dengan masalah yang sendiri. Mungkin kalau jadi kat batang hidung sendiri baru sedar. Tapi entri tu serius buat diri ni insap. 
Me start to wonder whether I am the burden for the family. Ayah tak penat ka dok ulang alik amik dari form 1 dulu sampai dah berginjak ke 20 ni. Ayah tak pernah   mengeluh pon masa orang call suruh ayah amik. Think positive! Dia pon pernah cakap dia lagi suka bila hal-hal nak berjalan ni. 
Hmmmmm.. Ayah tak kisah ka orang dok mintak duit kat ayah tiap-tiap minggu tu? bukan jarang-jarang, kerap pulak tu. Mak kata ayah paham anak dia ni boros. Ayah nak mengunkit dak nanti? Orang takut ayah pendam dalam hati. 
Ayah marah dak orang jarang balik rumah? Bukan apa, malas nak naik Feri ulang alik. Taknak susahkan ayah nak kena amik orang ulang alik. Tawu ayah tak kisah tapi lama-lama rasa macam menyusahkan la pulak. Pernah ja nak try naik Bas, tapi orang still tak berani sebab macam-macam dok dalam kepala otak ni. Ayah taw kan anak ayah ni suka pikir banyak. Macam mana kalau bas lari dari schedule dia? Macam mana kalau bas tetiba penuh? Takkan nak tidur dekat station kan. T.T

Kali ni orang taknak mintak banyak banyak dah dari ayah. Ayah tolong kurangkan rokok ayah tu bole tak? Orang taknak la ayah tak sempat nak tengok orang dengan family orang nanti. Kan orang dah janji nanti nak balas balik budi ayah mak jaga kami empat beradik dari kecik sampai dah gemokgemok montelmontel semua. Orang tak berani nak cakap depan depan ngan ayah sebab tu orang chat mak tadi. Tak sangka ayah pulak yang balas. Sebak!.. Ayah paham kan. Kami sayang ayah. Sunggoh tak tipu. 

From me: Your eldest daughter.