Sunday 21 July 2013

Note.

Masih terasa kehilangan incik beliau. 

Baru dua bulan gamaknya membina hubungan ukhwah yang utuh lagi padu dengan beliau. Namun panas tidak sampai ke petang, ada yang lebih menyayangi beliau lantas menceroboh lalu mengambil incik beliau tanpa belas kasihan. Mungkin salah sendiri jugak sebab tak membelai dengan penuh kasing sayang.Ni la incik beliau yang dikasihi. Jodoh kita tak lama.


..lebih kurang macam ni cuma lagi lawo sebab dah modified luar dalam..

Masa incik beliau hilang tu, ada dekat johor sebab kenduri sedara. Salah sendiri jugak sebab lalai sangat. Charge meratarata. Buat takkisah ja dekat incik beliau n sorangsorang kesepian. Mungkin ada mata yang memandangkan. Mana kita taw. Kita mana bole nak usha tiaptiap orang. Tak expect pon incik beliau akhirnya hilang masa kita tidor berdengkur. Bangun pagi nak menyapa salam, beliau sudah tidak dapat dikesan. Husnuzon. Engat adik yang ambil sebab dah dua hari dia mintak takdapat lagi nak main games dalam tu.

Tapi... my incik beliau ada bodyguard dia sendiri. 

Dah letak password dah bergandaganda. Kiranya kalau hilang pon, probalility untuk nak bukak pon ada masalah. Sebab kita dah specialkan dah incik beliau tu. Bukan calang-calang orang bole bukak. Haish. Bagai nak gila kita cari incik beliau. Tanya merata taman, takda jugak yang nampak. Sedih taw dak! Tapi tak bole nak nangih. Masih lagi ego sebab bersangka baik. 

Hari berganjak malam. Tak kunjung tiba juga incik beliau. So diputuskan kita dan incik beliau putus. Breakup! Cuba Try Test call. Masih dapat. Haaaaa. Kan dah cakap incik beliau ni special. Nak shutdown pon kena ada password jugak. Dah la macammacam bagaibagai jenis maklumat ada dalam incik beliau. Dah nama pon note kan. Mestila berNotenote ada dalam tu. Untuk tidak mengecewakan hati, kita berserah dengan pemergian beliau. 

Semoga incik beliau tenang saja dimanamana beliau berada.

 Kita pon dah cari incik beliau yang baru. Dah patah hati nak bergantung harapan pada yang lama. Hidup mesti diteruskan kan? 
Kalau incik beliau nak pergi sangat, pergilah. Kita dah redha dan sanggup melepaskan incik sekarang ni. Nak beli incik baru tak boleh. Kena blacklist dengan mak. Katanya cuai. 'Tak reti simpan barang tak bertanggungjawab'. Memang bole tau pon incik nak hilang. Takpalah. Kita pon dah macam insap dah nak beli genggeng incik beliau. Tawakkal ja la. 

Goodbye incik beliau!